Caprice saman "influencer" yang sebabkan syarikatnya dikompaun kerana langgar SOP
Baru-baru ini, pihak polis telah membuka kertas siasatan keatas sebuah Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang turut dihadiri oleh beberapa artis kerana tular sebuah gambar yang mana terdapat artis yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan tiada penjarakan sosial serta penggunaan pelitup muka.
Majlis tersebut telah diadakan di ibu negara pada 29 April lalu dan turut dihadiri oleh beberapa selebriti tempatan seperti Nur Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid, Raf Yaakob yang turut dikompaun sebanyak RM1,500 seorang manakala penganjur dikompaun sebanyak RM10,000.
Gambar yang tular sebelum ini menyebabkan polis membuka siasatan terhadap majlis tersebut (Sumber: Mstar) |
Memetik laporan Mstar, penganjur kepada majlis tersebut, Caprice redha dengan situasi tersebut dan akan membayar kompaun sebanyak RM10,000 yang dikenakan keatas syarikatnya, Rindu Raudah Sdn Bhd selepas gagal memastikan tetamu yang hadir mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Berhubung dengan perkara itu, Caprice berkata bahawa ia adalah tidak adil berikutan reputasi syarikat yang tercalar oleh hanya sebab tindakan seorang personaliti media sosial yang menjadi pencetus akan keadaan tersebut sehingga tular.
"Bagi saya dari segi keadilan, saya memang tak sepatutnya dikompaun kerana tiada satu pun gambar saya melanggar SOP, tapi nak buat macam mana saya penganjur kan."
Status di insta story Caprice |
"Hanya sebab seorang personaliti media sosial tu, habis semua artis-artis kena. Saya tak kisah nak bayar RM10,000 , tapi reputasi saya dan syarikat saya habis tercalar."
Tambah Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, dia sudah mengingatkan agar semua orang mematuhi SOP tetapi kerana seorang itu, semua artis juga turut dikompuan.
Jelasnya lagi, gara-gara insiden itu, hubungan baiknya dengan personaliti media sosial itu sudah retak.
Saya dan dia memang kawan baik sebelum ini. Saya jemput dia sebab dia salah seorang yang sponsor goodie bag.
Tapi bila dah viral disebabkan foto-foto yang dia muat naik, abis semua jadi mangsa. Bila kita minta dia beri kerjasama, tapi dia buat bodoh je.
Kalau dia mengaku salah, kami dan artis-artis lain mesti tidak akan dikompaun macam ni.
Tambah Caprice lagi, dia sudah pun menfailkan saman kepadanya oleh sebab melanggar SOP majlis dan menjatuhkan reputasi syarikatnya.
Manakala bagi influencer tersebut, dia juga turut menfailkan surat saman daripada peguamnya yang mengatakan bahawa Caprice telah menfitnah dirinya.
Sekarang kes mahkamah sedang berjalan. Kita tunggu sahaja nanti bila kes ini dibicarakan.
Kredit: Mstar via OhBulan