Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Detik ngeri pengutip udang galah ditelan ikan paus selama 30 saat (video)


Berpantang maut sebelum aja,” itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi lelaki ini yang telah ditelan humpback whale atau paus kelasa selama 30 saat sebelum paus tersebut memuntahkannya semula.

Lelaki yang bernama Michael Parkard berusia 56 tahun yang sedang mengutip udang galah yang dipancing di pinggir laut Provincetown, Massachusetts bagaikan mendapat nyawa kedua dan memberitahu pemberita pandangannya tiba-tiba gelap.

Bukan semua dapat merasa pengalaman duduk di dalam perut ikan paus gergasi dan Parkard menyedari perkara itu selepas beberapa saat dia ditelan. Dia menyangkakan dia ditelan ikan jerung putih tetapi tidak merasa gigi tajam yang menggigitnya.

“Saya dapat merasakan paus itu sedang menelan saya dan saya sedang bergerak perlahan-lahan dalam perutnya.


“Pada ketika itu, saya hanya mampu berfikir, baiklah, sudah tiba masanya untuk saya mati,” katanya kepada WBZ-TV.

Selepas kira-kira 30 hingga 40 saat, paus tersebut timbul ke permukaan dan Parkard dapat melihat sinaran cahaya matahari.

Lelaki itu akhirnya dimuntahkan semula oleh paus itu selepas gagal dihadam dan berjaya ditarik masuk ke dalam bot oleh rakannya, Josiah Mayo yang tergamam dengan kejadian pantas tersebut.

Parkard dikejarkan ke pusat perubatan Provincetown dan dirawat akibat kerosakan tisu lembut pada kakinya tetapi tidak mempunyai sebarang kecederaan serius atau patah tulang.


Sumber: CBS Boston