Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Jangan gaji saja, sumbang juga elaun dan imbuhan Menteri" -Tok Mat




Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan memuji langkah kerajaan menyumbangkan gaji para menteri dan timbalan menteri selama tiga bulan untuk membantu membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Bagaimanapun, pujian itu hadir dengan gesaan agar sumbangan gaji itu turut merangkumi elaun dan imbuhan keraian.

"Janganlah sekadar gaji. Ia mesti termasuk pelbagai elaun dan imbuhan keraian yang selalunya lebih banyak dan tinggi, mengatasi gaji para menteri.

"Kepimpinan melalui teladan dalam saat krisis segenting ini adalah kemestian yang sepatutnya telah lama dipamerkan," kata Mohamad dalam kenyataan di Facebook.


Mohamad juga menyarankan agar Bantuan Prihatin Rakyat yang diteruskan diperbaiki untuk memastikan golongan paling terjejas menerima lebih banyak bantuan.

Jelasnya, ekuiti dalam pengagihan bukan bermakna semua mendapat bantuan yang saksama, tetapi seharusnya mereka yang memerlukan lebih wajar menerima lebih banyak dan yang kurang terjejas, menerima sekadarnya.

Dia juga mengingatkan kerajaan agar pelaksanaan setiap bantuan dijalanjan dengan telus.

"Meningkatkan kapasiti kesihatan awam adalah intervensi kritikal pada masanya. Malaysia sangat memerlukan lebih banyak ICU, sumber tenaga dan program vaksinasi.

"Menyedari kekangan fiskal kerajaan, amatlah penting setiap sen peruntukan untuk peningkatan kapasiti sektor kesihatan awam ini dimanfaatkan dengan telus dan mendatangkan impak sebaiknya.

"Kita tidak mahu pelaksanaannya nanti terjadi ketirisan, ketidakcekapan sistem serta pembaziran," katanya.


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan semua menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini.

Dia berkata demikian ketika mengumumkan pakej bantuan Pemerkasa Tambahan bernilai RM40 billion, bersempena sekatan penuh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula hari ini.

Pemerkasa Tambahan yang diumumkan Muhyiddin melibatkan nilai bantuan keseluruhan RM40 bilion, termasuk suntikan fiskal RM5 bilion.

Pada Mac tahun lepas, kira-kira seminggu selepas pelaksanaan PKP1.0, langkah sama turut diambil dengan pemotongan dua bulan gaji perdana menteri, menteri dan timbalan menteri untuk disumbangkan kepada Tabung Covid-19.

-MalaysiaKini