Kenali dua model pesawat tentera China yang ceroboh negara kita
Pesawat ketenteraan adalah salah satu aset ketenteraan yang penting bagi sesebuah negara. Dengan adanya pesawat yang berteknologi tentera, keselamatan ruang udara negara lebih terjamin.
Sementara pesawat komersial pada amnya hanya memiliki kemampuan untuk terbang, pesawat tempur direka khas dengan fungsi tambahan untuk membawa senjata dan menyerang musuh jika perlu.
Pesawat military berteknologi tinggi dilengkapi pelbagai ciri khas dalam satu pesawat. Oleh itu, negara-negara di seluruh dunia berlumba-lumba untuk mendapatkan pesawat tempur terbaik demi pertahanan negara.
Semalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengesahkan dua model pesawat ini yang dimiliki Tentera Udara Republik Rakyat China telah memasuki ruang udara Malaysia dan berjaya dipintas oleh TUDM.
Berikut merupakan maklumat mengenai pesawat dari negara kuasa besar di dunia yang mungkin ramai daripada kita tak tahu.
Ilyushin Il-76 (Rusia) |
Ilyushin Il-76, atau turut dikenali sebagai Il-76 adalah pesawat buatan Rusia dan digunakan oleh tentera Soviet pertama kali pada tahun 1971.
Pesawat berketinggian 14 meter ini bukan sahaja mampu membawa muatan seberat 40 tan, malah turut dilengkapi dua buah kren di dalamnya.
Pesawat ini dilengkapi dua senapang dan empat kipas enjin turbo dengan daya tujahan 11.5 tan setiap satu.
Il-76 mampu terbang dengan kelajuan 850 kilometer sejam dengan muatan 30 hingga 90 penumpang.
Xian Y-20 atau Y-20 adalah pesawat pertama buatan China yang dibina oleh Xi’an Aircraft Industry (Group) untuk Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat (PLAAF).
Berukuran 44 hingga 47 meter panjang dan 18 meter tinggi, Y-20 merupakan pesawat pengangkut strategik terbesar yang pernah dihasilkan negara itu.
Y-20 direka khas untuk memberi amaran udara dan kawalan (AEW&C), bantuan udara seperti bahan bakar kepada pesawat lain, dan juga merupakan pesawat anti kapal selam (ASW).
Bukan itu sahaja, Y-20 menggunakan enjin WS-20, enjin pesawat berkuasa tinggi buatan China. Dengan daya tujahan 14 tan, enjin WS-20 lebih efisien berbanding enjin D-30KP buatan Rusia.
Y-20 juga mampu mengisi bahan bakar pesawat pejuang PLA dan menembusi Rantaian Kepulauan Pasifik bagi mengancam sekutu AS |
Pesawat yang mengutamakan kapasiti kargo ini mampu membawa muatan sehingga 66 tan dengan had laju melebihi 700 kilometer sejam.
Pesawat Y-20 mampu melaksanakan misi dalam cuaca yang buruk dan berkebolehan mendarat di lapangan sempit di kawasan bergunung.
gambar: FMT |
Sumber: Britanicca, Airforce Technology via Siakap Keli