Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kenyataan derhaka, Polis akan panggil siasat Takiyuddin -Hamzah


PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak menolak pihaknya akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Hal Ehwal Undang-undang) untuk dirakam keterangan.

Hamzah berkata, ia berikutan kenyataan yang didakwa derhaka terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya sudah maklumkan sesiapa sahaja yamg melakukan penghasutan yang boleh menyebarkan sesuatu kurang senangnya apabila ada laporan yang dibuat, polis kaan siasat kerana kadang kala saya nak kamu (wartawan) bagi detail kepada saya, kadang-kadang kamu semua cakap tidak detail menyebabkan orang lain dikira salah.


“Jadi bila ada detail, kita akan siasat apa yang sebenarnya dia cakap,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Beberapa laporan polis sudah dibuat semalam ke atas Menteri tersebut. Semalam, Pemuda Pakatan Harapan (PH) Takiyuddin Hassan yang didakwa mempersenda Yang di-Pertuan Agong.

Ini susulan kenyataan beliau, Agong tidak menetapkan bila sidang Parlimen harus diadakan namun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah mengumumkan bahawa sidang dewan rakyat itu boleh diadakan paling awal September atau Oktober ini.

“Sebagai seorang menteri yang tahu mengenai undang-undang, Takiyuddin sepatutnya mengambil masa untuk mengkaji titah Yang di-Pertuan Agong.


“Kamu (Takiyuddin) seorang menteri bukan budak sekolah, teliti dan tengok setiap patah titah baginda menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” dakwanya pada sidang media selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi.

Shazni mendakwa, kenyataan Takiyuddin itu menunjukkan beliau bersikap sambil lewa.

“Kalau beliau mempunyai niat untuk memperlekeh dan mempertikaikan Yang di-Pertuan Agong, sebagai seorang menteri memang satu kesalahan amat berat. Wajar polis menjalankan siasatan terhadap menteri berkenaan (Takiyuddin),” katanya.

-TunCarlos