Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kondo 12 tingkat di Miami runtuh secara tIba-tiba, 99 dikhuatiri tertimbus



FLORIDA: Pihak berkuasa menerima satu panggilan bahawa sebuah bangunan kondominium Champlain Towers South setinggi 12 tingkat di bandar Surfside yang terletak dalam mukim Miami-Dade telah runtuh sekitar pukul 1.30 pagi waktu tempatan.

Menurut portal berita NBC News, Penolong Ketua Operasi Pasukan Penyelamat Bomba Miami-Dade, Raide Jadallah, bangunan tersebut pada asalnya mempunyai 136 unit kediaman.

Namun, katanya, sebanyak 55 unit kediaman di bahagian timur laut bangunan tersebut runtuh.


Gambar sebelum dan selepas runtuhan


Ketua Polis Miami-Dade, Alfrendo Ramirez berkata, seramai 99 orang masih hilang dan 53 penduduk kondominium itu berjaya diselamatkan daripada runtuhan tersebut.

Menurutnya, punca kejadian masih belum diketahui.

Datuk Bandar Miami-Dade, Daniella Levine Cava berkata, satu siri menyelamat sedang dilakukan bagi mengeluarkan mangsa-mangsa yang tertimbus di celah-celah runtuhan.

Dalam kejadian itu, dua orang berjaya dikeluarkan hidup-hidup dari celah runtuhan bangunan kondominium yang dibina pada tahun 1981 itu. 


Bangunan kondominium 12 tingkat yang runtuh dilapor akan menjalani pembaikan akibat struktur besi yang dikesan berkarat dan konkrit yang rosak.

Peguam Kenneth S. Direktor yang mewakili persatuan penduduk di bangunan Champlain Towers South itu berkata seorang jurutera telah mengenal pasti pembaikan yang diperlukan agar bangunan itu memenuhi piawaian struktur sebagai sebahagian daripada proses pensijilan semula bangunan yang berusia 40 tahun itu.

Direktor berkata tiada petunjuk yang mengatakan kejadian runtuhan itu ada kaitan dengan masalah yang dikenal pasti dalam kajian kejuruteraan tersebut.

Menurutnya mana-mana bangunan tepi laut pada usia itu akan mengalami kakisan dan kerosakan konkrit akibat pendedahan kepada garam laut yang menembusi struktur dan mulai berkarat.






Petanda kemungkinan runtuh sejak 90an lagi - Pakar

Bangunan kondominium Champlain Towers South telah menunjukkan tanda-tanda akan mendap sejak tahun 1990-an lagi.

Profesor di Institut Alam Sekitar Universiti Antarabangsa Florida, Shimon Wdowinski, yang mengkaji kejadian bangunan runtuh berkata perkara itu diputuskan dalam sebuah kajian tahun lalu.

Menurutnya, kondominium tersebut menunjukkan kadar pemendapan sekitar dua milimeter setahun dari 1993 hingga 1999.

Walaupun pemendapan tanah itu bukan penyebab utama keruntuhan kondominium berkenaan, beliau berkata ia boleh menjadi faktor penyumbang.

- Agensi

VIDEO KETIKA RUNTUHAN: