Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Masih Duta Kehormat Palestine, Azeez mohon kerajaan lepaskan beliau ke Gaza




KUALA LUMPUR – Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan memohon pelepasan kepada mahkamah dan pihak berkuasa bagi mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin anjuran UMNO.

Menjawab persoalan yang dibangkitkan orang ramai setelah beliau masih terikat dengan beberapa perbicaraan mahkamah, Azeez berkata beliau mempunyai pengalaman menghantar misi bantuan itu sebelum ini.

“Kenapa saya… sedangkan saya ada masalah pasport tetapi insya-Allah saya akan meminta pelepasan untuk misi ini kerana matlamat utama adalah menyalurkan bantuan.

“Dengan pengalaman yang saya ada…ini kali keempat saya pergi ditambah hubungan saya dengan NGO dan pemimpin tempatan di Palestin amat kukuh.


“Saya masih lagi Duta Kehormat Palestin yang dilantik pada 2012 oleh pemimpin Gaza, insya-Allah urusan akan lebih mudah dan saya akan dapat memasuki Gaza bagi menyampaikan sumbangan,” katanya dalam Facebook UMNO Online, hari ini.

Difahamkan mereka akan berada di Semenanjung Gaza selama 14 hari. Misi bantuan itu antara lain akan turut membabitkan pasukan perubatan.

Ahli Parlimen Baling itu menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai hampir RM140 juta.

Pertuduhan rasuah didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010, dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 Apr 2018.


Mengenai misi bantuan itu, beliau berkata pasukannya dijangka berlepas tiga minggu lagi dengan membawa bekalan perubatan dan pelbagai bantuan lain.

Katanya, untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin kali ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana pandemik Covid-19, namun semua anggota misi akan patuh segala prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan sama ada di Malaysia dan juga negara luar.

“Kita juga merujuk kepada panduan yang telah diberikan oleh Wisma Putra dan Kementerian Luar dan langkah yang diambil oleh Wisma Putra jelas menunjukkan keprihatinan kepada rakyat Palestin yang sangat memerlukan bantuan. Inisiatif kementerian luar sebagai pemudahcara, penyelaras dan platform agar usaha bagi membantu rakyat Gaza sampai ke matlamatnya,” katanya.

sedang media:

misi ke Gaza pada 2014: