Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pegawai Hishammuddin buat laporan polis, isu surat tawar diri jadi PM



PETALING JAYA: Satu laporan polis dibuat oleh pegawai Menteri Luar Hishammuddin Hussein, susulan penyebaran surat palsu kononnya beliau memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Laporan berkenaan dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Ariffin, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, petang tadi.

Hishammuddin menerusi kenyataan di Facebook berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap dalang di sebalik perbuatan ini mengikut peruntukan undang-undang yang sewajarnya.

“Laporan ini dibuat bagi mengesahkan bahawa surat tersebut; kepala surat, tandatangan dan cop perakuan penerimaan adalah palsu serta telah direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab


“Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap dalang di sebalik perbuatan ini mengikut peruntukan undang-undang yang sewajarnya,” katanya.

Tambah beliau, politik fitnah dan politik kebencian tidak sepatutnya terus menjadi amalan politik terutama ketika negara sedang berdepan situasi getir ekoran Covid-19.

Katanya, beliau konsisten menyatakan politik fitnah dan politik kebencian tidak sepatutnya terus menjadi amalan politik negara.

Terdahulu, media melaporkan, tular surat palsu bahawa Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong didakwa menawarkan diri beliau sebagai perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.


Berikutan itu, pasukan kumpulan komunikasi Hishammuddin, #H2OTeam di Twitter memaklumkan bahawa surat tersebut bersifat fitnah dan bertujuan untuk mengelirukan pandangan umum.

Surat itu turut memuatkan barisan anggota Kabinet yang diharapkan Hishammuddin, termasuk Darell Leiking daripada Warisan sebagai menteri pelancongan, seni dan budaya; bekas naib presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar sebagai menteri air, tanah dan sumber daya alam; Azalina Othman Said sebagai menteri luar; bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan perdana menteri I merangkap menteri perdagangan antarabangsa dan industri, manakala Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri II merangkap menteri pertahanan.

-FMT