Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Penjenayah seks kanak-kanak diusir dari Malaysia




Kuala Lumpur: Warga Amerika Syarikat (AS), Scott Barry Uchida, yang dikehendaki negara itu atas tuduhan melakukan eksploitasi seks terhadap kanak-kanak dan kesalahan lain yang ditahan Isnin lalu diusir dari negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Selangor pada 21 April dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk dipindahkan ke Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI).

Menurutnya, dia dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Subang pada Rabu lalu dengan menaiki pesawat tentera AS.


"Setakat ini, tidak ada laporan mengenai kesalahan seksual yang dilakukan tertuduh di Malaysia," katanya.

Abd Jalil berkata, Uchida berjaya memasuki Malaysia kerana dia hanya dikehendaki di AS dan tidak ada Notis Merah Interpol dikeluarkan terhadapnya.

"Polis melakukan penangkapan itu selepas menerima permintaan daripada FBI untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam satu kenyataan, FBI Seattle mendakwa bahawa buruan berusia 38 tahun itu, Scott Barry Uchida ditahan oleh polis tempatan pada 21 April lalu.

"Uchida dicari kerana melakukan pemerkosaan kanak-kanak tahap dua, mempromosikan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur tahap dua dan pemerkosaan kanak-kanak tahap ketiga di King County," kata kenyataan itu yang dilaporkan agensi berita, yaktrinews.com semalam.

Menurut kenyataan dari FBI, Uchida adalah salah seorang daripada dua lelaki yang dikehendaki dalam kes rogol dan eksploitasi seks komersial terhadap tiga remaja.

Jenayah itu didakwa dilakukan antara musim panas 2015 dan Januari 2018.

-hmetro