"Saya sudah tutup pintu depan tapi...." ujarnya ringkas dengan pautan gambar beliau sedang menutup pintu bilik pejabatnya.
Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan dari pihak beliau mengenai maksud pautan tersebut. Walaupun begitu netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai andaian.
"Takpe la DS.. DS dah buat yg terbaik.. Tapi yang suka pintu belakang lebih ramai.. Yang penting DS dah ada jawapan depan Allah SWT di yaumul mahsyar kelak.." ujar Andy Ahmad.
"Takpe Dato usaha lagi untuk bersuara. Jika Dato melakukan dengan betul in shaa Allah rakyat juga akan turut bersama Dato. Dato harus teruskan bersuara agak menteri yang lain tu dengar masalah yang berlaku. Selagi sektor kilang dibuka maka lockdown kali ni umpama tiada erti pada rakyat. Fikir2 kan lah Dato. Jangan biar kan diri Dato dipersalahkan oleh rakyat. Kerana satu kutu habis semua jadi mangsa." ujar Asnirul Fitri Tukiman.
-TunCarlos.com