Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Selain MITI, Polis kini terima surat rentas dari Jabatan dan Kementerian


Polis kini menerima semua surat kebenaran pergerakan yang dikeluarkan jabatan dan kementerian, bukan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) sahaja.

Dalam satu rakaman video pendek, Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman (KDNKA) MV Srikumar M Nair memberitahu perkara itu kepada semua anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya.

Dia berkata arahan itu datang daripada Ketua Polis Negara (KPN) Acryl Sani Abdullah Sani.

"KPN telah memutuskan dan mengarahkan supaya kita menerima pakai semua surat pergerakan, baik daripada Miti, kementerian atau jabatan.


"Walaupun selepas dua tiga hari yang dikatakan diberi kelonggaran, kita tetap benarkan pemakaian surat ini.

"Diharap tuan-tuan dan puan-puan dapat maklumkan kepada semua bahagian yang menjalankan sekatan jalan raya," kata Srikumar.

Rakaman video itu tular sejak semalam dan turut dikongsi di laman Facebook Kementerian Pengangkutan.

-MalaysiaKini