Semua Menteri BN tolak desak notis 14 hari, terus sokong Muhyiddin
PUTRAJAYA – Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis 14 hari Biro Politik UMNO dan khabar angin kemungkinan UMNO akan meninggalkan kerajaan pada 1 Ogos 2021 nanti.
SuaraTV difahamkan dalam perbincangan secara maya semalam semua mereka menganggap usaha menarik diri dari kerajaan sebelum situasi sesuai untuk mengadakan pilihan raya adalah langkah tidak masuk akal.
“Konsensus kami ialah akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan. Kemudian kita ikut keputusan parti. Kita berhadapan ancaman kesihatan yang serius, namun ada pihak hendak bermain politik setiap masa,” tegas salah seorang anggota kabinet dari BN kepada SuaraTV pagi tadi.
SuaraTV difahamkan dalam mesyuarat kabinet yang sedang berlangsung secara maya ini, seorang Menteri dari UMNO telah menyatakan pandangan mereka kepada Perdana Menteri.
-suaraTV