Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sidang Khas Parlimen sebelum 1 Ogos


PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim akan meyakinkan Perdana Menteri yang juga Ketua Majlis untuk mengadakan Sidang Khas Parlimen sebelum 1 Ogos ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rais berkata, cadangan itu susulan daripada majlis menghadap Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, semalam. 

Dalam majlis menghadap ter­­sebut, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Pandangan Seri Paduka itu disampaikan ketika menerima menghadap Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Rais Yatim dan Azhar Harun di Istana Negara kelmarin.


Baginda turut berpandangan bahawa semua jawatankuasa pilihan Parlimen ke-14 hendaklah meneruskan sesi mesyuarat pelaksanaan mekanisme semak dan imbang bagi menjamin tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab, khususnya dalam menangani isu dasar awam dan kemasyarakatan serta hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.

Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Mohamad Ali Mohamad kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon dan Azalina Othman Said.

-UTUSAN/TunCarlos