Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

TERKINI: Binaan lebuhraya dekat susur keluar Kota Damansara runtuh, 3 cedera


PETALING JAYA: Tiga pekerja warga Bangladesh cedera selepas perancah besi lebuh raya dalam pembinaan setinggi 12 meter di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Sungai Buloh-Kota Damansara runtuh hari ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan jam 7.14 malam dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.

Menurutnya, seramai sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.


Katanya, kejadian membabitkan runtuhan dalam pembinaan di mana tiga pekerja warga Bangladesh berusia 20 hingga 40-an cedera ringan.

Beliau berkata ketika kejadian mereka sedang melakukan kerja di bawah dan terkena serpihan runtuhan.

Norazam berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan operasi tamat jam 7.34 malam.








-BHonline