Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiada beza dengan Guan Eng, Najib dedah fakta merapu Zafrul mengenai hutang 1MDB


ULASAN NAJIB:

Tengku Zafrul dan kerajaan PN ini tak berbeza dengan Guan Eng dan PH.

Setiap kali mereka tak boleh jawab fakta dan kritikan, mereka akan keluarkan cerita 1MDB.

Misalnya cerita hutang 1MDB lebih RM40 bilion apabila kerajaan PN tak boleh jawab kenapa beri bantuan hanya RM5 bilion secara terus untuk pakej PEMERKASA PLUS untuk PKP3.0/Total Lockdown walaupun sebanyak dana lebih RM120 bilion telah diperolehi dalam tempoh 5 bulan tahun 2021 ini.

Ataupun soalan kenapa kerajaan PN jawab mereka tak kawal bank untuk beri moratorium pinjaman automatik secara pukal biarpun mereka ada kuasa darurat, kuasa BNM/MOF dan kerajaan adalah antara pemilik saham terbesar bank-bank Malaysia.

Dah jadi rutin pulak. Tak boleh jawab, keluar cerita 1MDB. 


Saya rasa lebih elok bagi kerajaan PN guna alasan 1MDB juga untuk menjawab soalan kenapa bank tak boleh beri moratorium pukal tanpa faedah, kenapa keadaan Covid Malaysia antara paling teruk dalam dunia ketika ini di mana kita pecah rekod kematian hampir tiap-tiap hari dan kenapa TOTAL lockdown mereka tak total sangat.

Tapi apa yang saya paling tak boleh faham ialah hutang 1MDB 

Hutang 1MDB yang diumum kerajaan sendiri boleh pulak naik dari RM32.3 bilion pada akhir tahun 2018 ke RM32.3 bilion pada bulan Mac 2021 ke "lebih RM40 bilion" pada Jun 2021 ini.

Biarpun dana sebanyak RM35.3 bilion telah diambil balik dengan banyak lagi penyelesaian masih dalam rundingan.




Makin banyak wang berkait 1MDB diterima makin tinggi hutang 1MDB, ya?

Logik datang dari mana?

Hutang 1MDB dia mahu sebut.

Aset RM35.3b dikembalikan dia tak sebut

Jumlah dana dari 1MDB yang telah diterima kerajaan


Kebaikan dari penjimatan IPP berat sebelah RM50 bilion diselesaikan dengan 1MDB dia tak sebut.

Aset-aset bernilai lebih RM100 bilion ditinggalkan 1MDB, dia tak bilang. Belum masuk lagi 8 pangkalan MINDEF dibina atau dinaiktaraf 1MDB dengan kos RM2.7 bilion

Dana dipinjam dan dijual kerajaan PN lebih RM120 bilion pada 5 bulan pertama tahun 2021 ini dia tak sebut.

Kenaikan hutang negara sebanyak RM87 bilion pada tahun 2020, tak mahu sebut?

Penjualan aset dan hutang yang dibuat kerajaan PN bernilai beratus-ratus billion


Kenaikan hutang negara sebanyak RM230.7 bilion dari RM686.8b pada tahun 2017 masa BN ke RM916b pada suku 1 tahun 2021, tak bebankan?

Wang ratusan bilion yang mereka jarah dari Petronas, Khazanah Nasional dan KWAN, apa cerita?


Dan soalan paling asas dari mana datangnya dana RM600 bilion yang PM8 dan kerajaan PN kata mereka telah belanja untuk mengaku prihatin? 

PM8 menabung dari kecil atau Guan Eng yang kumpul ke?

Aset yang naik RM1.2 trilion oleh kerajaan BN masa saya PM dari RM800 bilion pada akhir 2008 ke RM2 trilion pada akhir 2017 untuk PH jarah dan PN belanja, tak mahu bilang ke?

SOALAN TAMBAHAN bagi kerajaan dan Jkom: Najib yang jadi mastermind untuk curi RM2.6b tapi orang lain yang bayar gantirugi RM35.3 bilion ke?

Malaysia ada hampir 2 trillion simpanan, menurut Tun Mahathir pada Februari 2020.



sumber: FB Najib Razak (siap dengan fakta dan link rujukan)