Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

15 tahun amal terapi minum air kencing, rahsia kekal cergas dan awet muda




JAKARTA : Kedengaran menjijikkan, namun itulah yang diakui oleh pelakon sinetron, Cinta Di Langit Taj Mahal, Victorine Cherryline Soedarjono Burki atau Vicky Burki ketika ditanya mengenai rahsia awet muda dan kecergasannya.

Menurut pelakon berusia 56 tahun itu, petua tersebut sudah diamalkan sejak 16 tahun lalu yang mana, secara rutinnya, dia akan mengamalkan meminum air kencing sendiri pada setiap pagi dan malam.

“Memang ada pro dan kontra. Tapi saya sudah amalkan petua ini sejak tahun 2005. Sudah 16 tahun lamanya dan masih sihat, syukur masih lagi hidup. Orang kata ia racun, tapi itu sebenarnya detoks.

“Justeru ia menghilangkan racun dalam tubuh. Saya amalkan setiap pagi dan malam sebelum tidur,”katanya.


Menurut Vicky lagi, amalan tersebut didapati secara tidak sengaja ketika terbaca sebuah buku petua kesihatan sebelum mengaku segera mencuba dan merasakan perubahannya.

“Sekitar tahun 2000, ketika itu terjumpa sebuah buku ketika berada di lapangan terbang untuk ke luar bandar. Seingat saya, judulnya Terapi Urine dengan penulisnya berbangsa Belanda . Tetapi, setelah mencuba, ternyata ia sesuai dengan saya,”katanya.

Selain itu, kata Vicky, sejak mengamalkan petua tersebut, dia berasa lebih sihat dan terhindar daripada berbagai jenis penyakit.

“Terapinya bukan seperti terapi minum ubat ya. Namanya pun terapi jadi kesannya dapat dilihat pada jangka masa panjang. Badan lebih kuat, jarang sakit dan sihat sahaja,”katanya.

-utusan