Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

9,353 rekod kes baru, peningkatan di Melaka



Kes baru Covid-19 hari ini mencatat peningkatan berbanding semalam - yang sudah pun merupakan rekod tertinggi - dengan 9,353 kes baru.

Selangor terus melaporkan lebih 4,000 kes untuk tiga hari berturut-turut. Kuala Lumpur pula dengan lebih lebih 1,000 kes baru untuk lima hari berturut-turut.

Melaka juga menunjukkan peningkatan drastik dengan 835 kes baru. Rekod tertinggi di negeri itu adalah pada 28 Mei lalu dengan 380 kes.

Perincian lanjut berkenaan penularan wabak Covid-19 akan dinyatakan dalam kenyataan media Kementerian Kesihatan petang ini.

Berikut adalah pecahan kes baru mengikut negeri:

Selangor : 4,277
Kuala Lumpur: 1,398
Melaka: 835
Negeri Sembilan: 638
Johor: 399
Kedah: 364
Sarawak: 352
Sabah: 251
Pahang: 247
Pulau Pinang: 180
Perak: 145
Kelantan: 89
Labuan: 85
Terengganu: 50
Putrajaya: 39
Perlis: 4