Agong dukacita pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan Baginda
KUALA LUMPUR: YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan rasa dukacita di atas kenyataan yang telah dibuat di parlimen oleh pihak kerajaan pada 26 Julai bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimahsyurkan baginda sepanjang tempoh darurat walhal belum lagi diperkenan baginda.
Manurut kenyataan rasmi Istana Negara, kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Parlimen adalah tidak tepat dan mengelirukan.
Manurut Baginda , pembatalan itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen itu bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung daam Rukun Negara, malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Berikut adalah kenyataan rasmi dari Istana Negara: