Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ahli Parlimen Jerantut dakwa pernah tandatangan SD sokong Anwar


JERANTUT: Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang sebelum ini menyokong penuh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dilaporkan mengakui beliau telah menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baharu. 

Menurut laporan Utusan Malaysia, SD berkenaan adalah yang kedua ditandatanganinya selepas yang pertama kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.


Ia sebagai sokongan kepadanya untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Interim jika Majlis Raja-Raja Melayu menubuhkan kerajaan interim. 

Untuk rekod, pada Oktober 2020, Nazlan pernah menafikan bahawa beliau menyokong Anwar atau rancangan menubuhkan kerajaan baru.

Beliau juga telah membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa menyenarai nama beliau dalam barisan Ahli Parlimen yang akan menyokong Presiden PKR itu untuk membentuk kerajaan baharu pada Oktober 2020.

"Jika dia mendakwa saya menyokong beliau, itu satu pembohongan besar. Saya berdiri teguh dan menyokong penuh kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tidak akan berpaling tadah," katanya.

Berita lanjut di sini: klik