Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Annuar Musa padam ciapan ziarah ke rumah Pak Lah


KUALA LUMPUR – Sekumpulan netizen melahirkan rasa marah, kecewa dan tidak berpuas hati terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini.

Ia susulan perkongsian Annuar menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan isterinya, selain menjamu makan tengah.

Bagaimanapun selang beberapa lama selepas ciapan di Twitter, Annuar memadam perkongsian itu akaun media sosialnya diserang tanpa henti oleh netizen yang mendakwa tindakannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan (PKPD) ketika ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau dan isterinya mengambil peluang menziarahi  Abdullah dan Tun Jeanne Abdullah di kediaman bekas perdana menteri itu di Kuala Lumpur.


“Hari ini kami suami isteri ambil peluang ziarah Tun Abdullah Badawi dan Tun Jeane Abdullah di kediaman mereka di Bait Badawi di Kuala Lumpur.

“Lebih dua jam bersama dan makan tengah hari masakan Tun Jeane. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Pak Lah seisi keluarga,” ciapnya.

Namun netizen mula menyoal apakah Annuar bersama isterinya melakukan ziarah ketika negara sedang berhadapan dengan ‘total lockdown’ .

Sehingga kini masih belum ada kenyataan dari pihak Annuar.

-MalaysiaGazette