Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Asyraf bersemuka dengan TPM, tuntut 10 perkara untuk rakyat



KUALA LUMPUR – “Asyraf, don’t worry! Saya di sini kerana UMNO”.

Demikian janji Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menerima kunjungan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki hari ini.

Beliau membuat kunjungan itu di pejabat Ismail Sabri di Putrajaya dengan membawa 10 tuntutan atau permintaan dari Pemuda UMNO untuk tambah baik bantuan rakyat sepanjang pandemik Covid-19.

Menurut Asyraf menerusi hantaran Facebooknya, Ismail Sabri yang baharu sahaja masuk pejabatnya pagi ini komited dan bersetuju untuk menjadikan semua tuntutan rakyat itu sebagai keutamaannya setelah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Tengah hari ini bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri yang baru sahaja hari pertama masuk pejabat TPM pagi ini, bagi menyampaikan sendiri suara dan tuntutan rakyat mengenai 10 cadangan untuk menambah baik bantuan rakyat yang dirumuskan Pemuda UMNO.


“Dalam isu PKPD total lockdown, beliau juga akan pastikan tindakan tegas diambil untuk tiada lagi kompromi bagi membolehkan kilang-kilang penyumbang infeksi virus dibuka sewenangnya.

“Tiada lagi pintu belakang dibuka, bahkan akan dikunci serapatnya,” katanya berkias.

Beliau yang mewakili Pemuda UMNO juga mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikan itu.

Beliau berpuas hati dengan jaminan itu dan berkata Timbalan Perdana Menteri juga akan memastikan suara rakyat yang diperjuangkan pihaknya akan diteruskan.

Kata beliau, Pemuda UMNO akan terus menjadi jurubicara rakyat dan suara semak dan imbang bagi memastikan kerajaan benar-benar mendengar serta menyantuni rakyat yang ketika ini dalam kesempitan dan kesusahan. 

– MalaysiaGazette