Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

CAC Stadium Melawati sesak, pesakit Covid-19 terpaksa beratur hampir 1 KM



SHAH ALAM – Sedih dan dalam masa sama timbul rasa bimbang.

Itu perasaan apabila melihat ramai individu yang positif Covid-19 berpusu-pusu hingga terpaksa beratur panjang lebih 500 meter untuk melaporkan diri ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati di sini hari ini.

Lebih menyayat hati apabila kanak-kanak dan bayi antara individu yang disyaki positif turut sama beratur dan terpaksa berpanas sejak pukul 11 pagi tadi.

Tinjauan MalaysiaGazette sejak jam 10 pagi mendapati orang ramai beratur sehingga pakir kenderaan bersebelahan dengan Stadium Malawati.

Hanya sebuah khemah berwarna putih sahaja kelihatan di tempat orang ramai beratur dan itu pun bagi menempatkan individu yang mengalami sesak nafas dan mereka yang mempunyai simptom pandemik yang serius.


Kebanyakan pengunjung yang hadir bersiap sedia dengan beg pakaian masing-masing di samping kelengkapan lain termasuk bantal dan baldi, seolah-olah mereka tahu akan ditempatkan di pusat kuarantin selepas ini.

MalaysiaGazette turut mendapati lebih 10 bas persiaran diletakkan di bahu jalan yang membawa ribuan pesakit Covid-19 ke pusat kuarantin selepas tahap kesihatan mereka dinilai di CAC berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila MalaysiaGazette dimaklumkan lebih 4,000 pengunjung telah hadir ke CAC Stadium Malawati dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

Menurut petugas perubatan di situ, kapasiti harian CAC Stadium Malawati boleh menerima antara 1,200 hingga 1,500 pengunjung dan kehadiran lebih 4,000 orang itu di luar keupayaan mereka.

Memandangkan jumlah pengunjung semakin bertambah, petugas CAC Stadium Malawati dilihat mula mengagihkan makanan dan minuman kepada orang ramai kira-kira pukul 11.45 pagi tadi bagi meredakan keadaan


– MalaysiaGazette