Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dah setahun tak keluar rumah, aktivis Rohingya dakwa Malaysia dah tak selamat



Pelarian dan aktivis ROhingya, Zafar Ahmad Abdul Ghani yang meninggalkan Myanmar kerana penganiayaan dan penghapusan etnit di sana.

Dia telah pun mengangap Malaysia seperti negaranya sendiri selepas hampir tiga puluh tahun menetap di sini.

Namun, ibarat keluar mulut harimau, masuk mulut buaya, Zafar dah tak tinggalkan rumahnya yang terletak di pinggir bandar Kuala Lumpur hampir setahun.

Ini selepas dakwaan palsu mengenai dia ingin menuntut kerakyatan Malaysia tular di media sosial.


Ekoran ini, dia sering menerima pelbagai ugutan dan kata-kata kesat serta ugutan ke atas dirinya dan keluarga.

Saya masih takut. Selama setahun saya tak jejak kaki ke luar. Saya tak tengok dunia luar.”

Walaupun laporan polis telah dibuat mengenai tu.duhan palsu yang dilemparkan ke atasnya serta serangan dalam talian.

Tetapi sehingga kini tiada berita mengenai perkara tersebut.

Lelaki ini juga menafikan yang dia pernah meminta untuk menjadi rakyat Malaysia atau mempunyai hak seperti rakyat Malaysia, lapor Malay Mail.

Semua ini bermula bila orang ramai mula mengatakan Rohinga semakin ramai menetap di Malaysia dan menyebabkan penyebaran virus kovid.


Sehingga kini, Zafar masih menerima panggilan dan mesej berbaur ugutan dan kebencian melalui telefon dan media sosial.

Malah gambar keluarganya juga turut ditularkan.

Isteri Zafar yang yang merupakan orang Malaysia, Maslina Abu Hassan berkata, serangan ini telah memberikan impak yang besar ke atas keluarganya buat masa sekarang ini.

Anak-anak mereka juga sudah lama tidak pergi ke sekolah kerana bimbang dengan keselamatan mereka nanti.

Zafar juga telah didiagnos mengalami tekanan dan perlu mengambil ubat bagi menangani keadaan mentalnya itu.

Tak cukup dengan itu, Zafar yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) turut memohon untuk berpindah ke negara lain.


Tetapi permohonannya telah ditolak selepas agensi tersebut mengatakan yang dia tak memenuhi kriteria penempatan semula.

Zafar berharap UNHCR dapat mempertimbangkan semula permintaannya itu kerana dia dah rasa tak selamat untuk tinggal di Malaysia.

Saya tak boleh tenangkan badan saya, otak saya, ha.ti saya. Saya menangis bertanya kenapa orang buat saya macam ni.”

Saya tak boleh tenangkan badan saya, otak saya, ha.ti saya. Saya menangis bertanya kenapa orang buat saya macam ni.”

-MalayMail