Tidak hanya mendiamkan diri, usahawan kosmetik, Nur Sajat turut membuka mulut mengenai isu yang hangat sekarang.
Orang Dah Kenal Siapa Kau
Dalam perkongsian di laman Instastorynya, Sajat ada menyatakan tindakan individu tersebut yang sebelum ini sering bercakap pasal orang lain. Dan kini orang mula mengenali perangai sebenar individu itu.
“Dulu kau suka mengata orang, sekarang baru orang kenal kau siapa.. sebab tu kita kena jaga mulut, jaga bahasa, jaga setiap apa penulisan yang kita tulis”
Bidas Tindakan Sebelum Ini?
Dalam pada itu, Sajat juga turut mengulas sikap individu ini yang sering merasakan dirinya bagus dan membuat sesuatu menjadi isu walaupun berita yang diterima belum pasti kesahihanya.
“Jangan kerana berita yang kau sendiri tak pasti, terus kau buat isu semasa..lebih baik berdiam diri, dari rasa diri tu bagus sangat.”
Sajat juga turut berpesan kepada individu tersebut supaya lebih baik mendiamkan diri daripada merasakan diri bagus.
Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun ia seolah-olah ditujukan kepada penyanyi rap Caprice.
Sebelum ini Caprice seringkali mengulas mengenai isu kontroversi Sajat. Jadi sekarang ini kec0h di media sosial mengenai isu yang melibatkan Ustaz Ebit Liew dan juga Caprice.
Caprice dikatakan akan memb0ngkar tind4kan misi kemanusiaanya di Gaza dan akan mend3dahkan segala-galanya menerusi sebuah siaran langsung yang dijadualkan pada 21 Julai 2021 ini.
Terdahulu penyanyi rap tempatan Ariz Ramli atau Caprice pernah terpanggil untuk mengulas isu video rakaman yang dimuatnaik oleh Nursajat yang mendakwa dia telah dianaiya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini.
Caprice berkata, isu sebegini bukanlah perkara biasa datang dari Sajat. Sajat telah lama membuat provokasi secara terbuka tentang Islam dan berharap usahawan kosmetik itu dapat segera bertaubat.
“Untuk kes Sajat ini, dia telah lama membuat provokasi secara terbuka tentang Islam. Dari kes dia pergi Umrah dulu dan apa saja yang dilakukan sejak dulu. Dia sendiri yang tunjuk di media sosial. Ibarat seperti dah merompak bank lepas tu kongsi di media sosial”
“Kita sebagai orang Islam, ada undang-undang syariah. Apalah sangat kena soal dan digari di dunia, berbanding jika kita di soal dan digari di Akhirat. Bertaubatlah!” katanya
Caprice berpendapat, tidak semestinya dengan hanya kerana kita telah berbuat perkara baik, seperti bersedekah atau luangkan masa dengan pelajar tahfiz ke, boleh tutup benda jahat yang dibuat.
Terdahulu, nama Sajat menjadi trending nombor satu di twitter gara-gara seperti sudah berputus asa dengan agama Islam setelah diperlaku buruk oleh JAIS
-Murai.my