Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hishammuddin hubungi Caprice dan Azeez, maklum Mesir akan bantu masuk ke Gaza



CYBERJAYA: Menteri Kanan Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata Wisma Putra akan menghubungi Kementerian Luar Mesir bagi membantu delegasi Misi Humananitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang diketuai Datuk Seri Panglima Abd Azeez Rahim dan personaliti terkenal media sosial, Ariz Ramli atau dikenali Caprice masuk ke Gaza.

Jelas Hishammuddin, misi Biro Kebajikan UMNO ini selari dengan inisiatif Wisma Putra dalam usaha menyalurkan bantuan kebajikan buat rakyat Palestin.

“Baru selesai video call dengan Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Rahim, Caprice, dan delegasi yang kini berada di Cairo, Mesir bagi misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P).

“Saya menghargai dan memuji usaha Biro Kebajikan UMNO untuk terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Misi ini selari dengan inisiatif Wisma Putra dalam usaha menyalurkan bantuan kebajikan buat rakyat Palestin.”katanya di Facebook.

Ujar Hishammuddin lagi, beliau mengikuti rapat perkembangan usaha ini sejak dari awal.






InsyaAllah, beliau selaku Menteri Luar akan memberi sokongan sepenuhnya dan akan mempermudahkan misi HM4P ini berjalan dengan lancar dan selamat, ujarnya.

“InsyaAllah, sama-sama kita doakan agar usaha mulia ini dipermudahkan Allah SWT.” katanya.

Terdahulu, Misi HM4P selama dua minggu bermula 19 Jun lalu bertujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia kepada warga Palestin selain menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan warga Palestin terjejas di Gaza yang diserang tentera Israel bulan lalu.

Serangan rejim Israel ke atas wilayah konflik Gaza yang berakhir dengan gencatan senjata pada 21 Mei lalu menyaksikan kemusnahan harta benda ratusan juta dolar selain mengorbankan lebih 250 warga Palestin, termasuk 66 kanak-kanak. 


-SuaraTV