Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ibarat tangan kanan yang patah, Kerajaan PN pergi balut kaki kiri -Najib



Jika tangan kanan patah, kita ubat tangan kanan - bukan pergi balut kaki kiri seperti cara kerajaan PN bendung Covid. Kita ubat dengan cara paling tepat.

Sekiranya negara ada masalah besar yang mengancam kelangsungan hidup Rakyat dan pemulihan ekonomi negara, kita perlu selesaikan masalah dengan segera dengan cara mengubat paling tepat.

Ianya amat jelas bahawa dua masalah paling besar negara adalah seperti berikut:

1. Rakyat telah berkurung tanpa pendapatan hampir 6 bulan dan sudah hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan PN untuk membendung Covid setelah kegagalan bersiri PKP 2.0, PKP 3.0/3,1, Total Lockdown dan PKPD cuma 5 hari sebelum U-Turn. PKPD yang paling gagal pernah ada.

Malah paling mengejutkan ialah majoriti Rakyat percaya bahawa usaha kerajaan untuk lawan Covid mempunyai muslihat politik tersembunyi dengan matlamat untuk memanjangkan krisis untuk kekalkan kuasa.

2. Sebuah kerajaan digelar pintu belakang yang tak stabil dengan majoriti tipis yang terbina atas pengkhianatan dan kuasa katak - bukan kuasa Rakyat.


Keadaan ini tidak boleh berterusan. Kita tidak boleh biarkan keadaan yang sakit untuk berterusan tanpa diubat dengan segera.

Lagi jahanam Rakyat dan negara sekiranya ianya berlanjutan setahun atau dua tahun lagi.

Jadi, saya berpendapat bahawa keputusan MKT UMNO untuk tarik balik sokongan dari Muhyiddin (bukan tarik sokongan dari kerajaan PN) untuk memberi laluan kepada pentadbiran sementara dengan tempoh dan matlamat tetap untuk menyelesaikan Covid, bantuan Rakyat dan untuk mencapai imuniti kelompok melalui vaksinasi sebelum membubarkan parlimen untuk kembalikan mandat kepada Rakyat adalah keputusan tepat.

Ianya bukan sahaja langkah paling tepat malah merupakan satu-satunya sahaja pilihan untuk kebaikan Rakyat dan negara bagi jangka masa pendek dan panjang.

Cara penyelesalian ini juga memenuhi hasrat titah Raja-Raja Pemerintah bulan lepas bahawa perlunya ada sebuah kerajaan stabil yang mendapat keyakinan dan sokongan majoriti RAKYAT (bukan katak).

Sebab cara menyelesaikan masalah ini BUKAN dengan gantikan sebuah kerajaan digelar pintu belakang yang tak stabil dengan majoriti tipis yang terbina atas pengkhianatan dan kuasa katak dengan sebuah lagi kerajaan digelar pintu belakang yang tak stabil dengan majoriti tipis yang terbina atas pengkhianatan dan kuasa katak 


Sebab itu, kerajaan interim ini perlu ada tempoh hadnya dengan matlamat jelas. Tidak boleh melebihi tempoh 3-6 bulan sebab ianya juga sebuah kerajaan pintu belakang dengan majoriti tipis yang bukan pilihan Rakyat.

Lagipun tempoh untuk parlimen terbubar dengan sendirinya juga cuma kurang dua tahun lagi sebelum penggal PRU ini berakhir.

UMNO dan BN tak takut untuk menghadapi Rakyat apabila tiba masanya. 

Sekiranya PN dan PH percaya mereka mempunyai sokongan padu dari Rakyat dan prestasi memerintah telah terbukti baik maka mereka juga tidak perlu takut untuk menghadapi Rakyat apabila tiba masanya.

sumber: FB Najib Razak