Ibu dan anak 5 tahun positif covid terjun bangunan dekat Salak Selatan
PETALING JAYA: Seorang wanita warga India dan anak perempuannya yang berusia lima tahun yang menjalani kuarantin Covid-19 ditemukan maut di Taman Tenaga, Salak Selatan dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.59 petang itu, mangsa berusia 38 tahun dipercayai terjun dari bangunan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Annas Sulaiman berkata, pegawai perubatan hadir ke tempat kejadian mengesahkan kedua-duanya meninggal dunia dan pemeriksaan ke atas tubuh badan mendapati terdapat kecederaan di kepala.
“Siasatan awal juga tidak menemukan unsur jenayah dan suami mangsa sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS, Serdang kerana positif wabak itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
-KOSMO