Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Influencer dikecam malukan warga emas gelandangan ketika beri "motivasi"


PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki dipercayai ‘influencer’ dengan meninggikan suara kepada gelandangan warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur baru-baru ini menimbulkan kemarahan orang ramai dan netizen.

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, tindakan lelaki tersebut mempersoalkan kepada warga emas itu menyesal kerana tidak berusaha sewaktu muda sehingga dia menjadi gelandangan disifatkan sebagai biadab dan menjatuhkan air muka warga emas terbabit.

Difahamkan individu tersebut hadir bersama beberapa orang rakannya ke pusat transit berkenaan bagi memberi bantuan dan kemudian mengambil kesempatan menyampaikan motivasi kepada gelandangan.

Tinjauan di Twitter mendapati orang ramai melahirkan kekecewaan dan sedih terhadap sikap dibuat lelaki tersebut.


“Nak motivasikan orang tetapi merendahkan orang lain, ini sudah melampau batas,” kata pemilik Twitter @bangmueeh.

“Ya Allah tergamaknya tanya soalan macam tu. Saya anggap pak cik itu macam ayah saya sebab sebaya. Hancur hati tengok dia diperlakukan seperti itu. Ini bukan cara untuk memberi motivasi,” luah @yasay.

“Moga Allah mengurniakan hidayah kepada si lelaki yang menghina gelandangan ini,” kata @sitifikrah.

video: