Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu Durian Raub: Pendedahan Najib mengejutkan ramai





Seperti isu Tasik Chini, pihak sebelah sana beria-ria suruh saya beri komen tentang isu Durian Raub.
Baiklah saya komen.

1. Isu ini bermula pada tahun 1970an apabila kerajaan melaksanakan Rancangan Buku Hijau untuk menggalakan pertanian di tanah terbiar - terutamanya bagi penghuni "New Village" yang ditubuhkan sebagai usaha melawan komunis.

2. Durian mula ditanam di sana pada tahun 1990an. Banyak tanah di sana bertukar menjadi kebun durian.

3. Susulan kejayaan penanaman durian, ada pekebun yang mula ceroboh tanah bukan milik mereka pada tahun 2000 an. (Masa itu, PM8 merupakan Menteri Pertanian. Jika nak salahkan saya, salahkan dia juga)

4. Pada tahun lepas, kerajaan negeri Pahang melancarkan program dengan sebuah syarikat usaha sama bersama pihak swasta untuk menyelesaikan isu pekebun haram agar kerajaan akan berkongsi hasil dari penananam durian secara haram.


5. Beberapa pekebun durian membantah usaha ini sebab tidak berpuas hati dengan kadar berkongsi hasil.

Masa itu, saya juga yang dedahkan NGO yang membela kumpulan pekebun tersebut sebenarnya dipimpin oleh orang DAP. Entah hilang ke mana pejuang-pejuang PN masa itu yang kini sedang beria-ria menjadikannya isu pada ketika ini.

"5 Sept 2020: Najib alih perhatian isu petani durian dengan serang DAP'

6. Lalu isu ini menjadi kes mahkamah pada tahun lepas dan kumpulan pekebun kalah di peringkat mahkamah tinggi.

7. Namun, pekebun berjaya mendapat injunksi untuk tangguh arahan pengosongan tanah pada bulan Januari 2021 ini sementara menunggu perbicaraan Mahkamah Rayuan.

8. Insiden berlaku beberapa hari lalu di mana beberapa pekebun dihalang untuk mengutip hasil serta tindakan kerajaan Pahang menebang pokok durian di atas tanah yang tidak berkait kes mahkamah.

18 pekebun telah ditahan reman oleh pihak polis.

9. Dua orang ADUN DAP pula masuk campur untuk menjadi hero termasuk seorang yang rentas negeri. Keduanya telah dihalang pihak polis dan akan disiasat melanggar SOP Total Lockdown.

Pelik pula bahawa ahli parlimen Raub tak memberi sebarang komen.

Sekiranya berlakunya pelanggaran SOP maka tindakan perlu di ambil oleh pihak berkuasa - sama seperti kes Timbalan Speaker buat pesta durian.


10. Kerajaan negeri juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini.

Tapi saya nak beritahu bahawa walaupun isu Tasik Chini dan pekebun durian haram ini adalah penting, ianya telah diselesaikan oleh kerajaan negeri sebab isu tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Sudah jadi kes mahkamah. Kerajaan negeri sudah ambil tindakan. Pihak Polis turut telah bertindak. 

Namun, tiada seorang pun meninggal dunia, bunuh diri, dijangkit Covid ataupun atau dihalang mencari rezeki selain 18 pekebun haram yang ditahan.

Sebaliknya, lebih 13,000 dan sekitar 140 nyawa terkorban dalam tempoh dua hari lepas sejak isu durian Raub bermula.

Berpuluh juta Rakyat juga tetap dihalang mencari makan selama 1 bulan 25 hari sejak PKP 3.0 bermula.

Isu paling penting negara hari ini masih kegagalan bersiri kerajaan PN untuk melawan Covid yang membawa kerosakan kepada kehidupan seluruh warga Malaysia dan negara.

Berikut adalah ringkasan dari MB Pahang:

----
RESPON RINGKAS 

YAB MENTERI BESAR PAHANG 

MENGENAI ISU PENGUATKUASAAN KE ATAS PENCEROBOHAN TANAH KEBUN MUSANG KING DI RAUB

Mengenai isu penguatkuasaan ke atas pencerobohan tanah kebun di Raub ketika ini – 

1. Ia tindakan bersepadu melibatkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP), dengan mendapat kerjasama Polis. 

2. Tempoh kerja-kerja penguatkuasaan bermula Sabtu, 3 Julai dan dijangka sehingga 2 Ogos 2021 atau selama kira-kira sebulan. 

3. Operasi penguatkuasaan membabitkan kebun-kebun haram termasuk ditanami durian ‘Musang King’ dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam, berkeluasan kira-kira 250 ekar atau 101.17 hektar. 

4. Operasi penguatkuasaan termasuk menahan mana-mana individu/pekebun yang memasuki kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam tanpa kebenaran, dan turut menyita apa juga barangan dan kenderaan. 


5. Semalam sahaja (Ahad, 4 Julai), 18 orang telah ditahan di Ibu pejabat Daerah (IPD) Raub untuk dibuat tahanan reman dan akan disiasat lanjut untuk diambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara dan Kanun Keseksaaan.

6. Sebelum itu pada Sabtu, 3 Julai, empat (4) ditahan – menjadikan yang ditahan dalam tempoh dua (2) hari lepas – 22 orang.  

7. Operasi penguatkuasaan ini ialah operasi penguatkuasaan biasa tetapi mendapat tentangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan ke arah pegawai-pegawai dan kakitangan penguatkuasa.

8. Atas dakwaan kononnya operasi penguatkuasaan ini melanggar perintah Mahkamah Rayuan, ia sebenarnya tidak kerana kerja-kerja penguatkuasaan dilakukan di luar kawasan kebun durian yang dimaksudkan yang dimiliki oleh Royal Pahang Durian Resoruces PKPP Sdn Bhd. 

9. Operasi penguatkuasaan ini serta kawasan dijalankan penguatkuasaan ialah setelah mendapat pandangan perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-undang (LA) Negeri yang sebelum itu telah merujuk kembali perkara ini ke Mahkamah Rayuan. 

10. Saya berharap ini tidak dijadikan isu perkauman kerana sebelum ini, kerja-kerja penguatkuasaan kita turut dilakukan di Sungai Ichat (terdapat pekebun India) dan Lembah Bertam (pekebun Cina), Cameron Highlands; serta di Kechau, Lipis (pelombong emas Melayu).

sumber: FB Najib Razak