Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lantikan TPM: PN diambang kejatuhan , jangan dipatuk ular dua kali



PETALING JAYA: Umno akan terus tunduk kepada Bersatu dan terdedah kepada perpecahan dalaman jika Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menerima perlantikan Ismail Sabri sebagai timbalan perdana menteri, kata Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Justeru, beliau mengingatkan Umno supaya berwaspada dalam menentukan respons parti terhadap pelantikan naib presiden Umno itu sebagai TPM oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu.

Isham berkata sekirannya MKT silap langkah, “dasar-dasar kerajaan Perikatan Nasional yang gagal akan berterusan, dan rakyat yang akan terus menanggung sengsara ke atas kegagalan dasar-dasar ini.”

“Janganlah kita dipatuk ular dua kali,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi, dan Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki, mengesahkan MKT Umno memutuskan untuk tidak menerima jawatan timbalan perdana, tidak lama selepas Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Ismail.


Malah, beberapa pemimpin Umno terkejut dengan pelantikan Ismail, membayangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak membincangkan keputusan itu terlebih dahulu dengan pucuk pimpinan Umno. Pelantikan Ismail ini di kala Umno diuar-uarkan sedang membincangkan cadangan menarik sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

“Walaupun perlantikan Timbalan Perdana Menteri adalah hak dan prerogatif Perdana Menteri untuk melantik sesiapa sahaja yang dia suka, perlantikan ini perlu dibawa untuk dibincang di MKT Umno pada malam ini,” katanya.

“Ini kerana Ismail masih Ahli Parlimen Umno dan perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri akan memberi kesan kepada Umno dari pucuk pimpinan sehinggalah ke akar umbi, oleh itu ianya perlu dibincangkan bersama dalam parti untuk mencapai konsensus.”

Isham berkata masa dan keadaan sekitar pelantikan Ismail itu amat tidak sesuai, mendakwa ia dilakukan kerana Muhyiddin sedang terdesak ketika rakyat sedang marah dengan prestasi kerajaan PN yang dikatakan gagal menangani wabak Covid-19.


Beliau turut mengingatkan Umno bahawa Bersatu melakukan Langkah Sheraton ketika kerajaan pimpinan parti itu ‘ditolak’ rakyat.

“Apabila hampir tumbang, mereka terpaksa mengorak Langkah Sheraton dan meminta Umno untuk menyelamatkan mereka…Kali ini mereka di ambang kejatuhan lagi dan mereka sekali lagi meminta Umno untuk menolong mereka untuk mengekalkan kuasa,” katanya.

Isham berharap pimpinan Umno yang akan bermesyuarat malam ini membuat keputusan yang bijak dan tepat mengenai tawaran Muhyiddin itu.

“Akar umbi Umno sudah lama nampak permainan politik Bersatu ini yang telah menyebabkan ketidakstabilan politik dan kelambatan negara untuk keluar daripada wabak Covid-19,” katanya.

-FMT