Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lantikan TPM, tunggu dan lihat mesyuarat malam ini -Najib



Bekas perdana menteri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri Yaakob dan Hishammuddin Hussein atas pelantikan mereka sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kanan.

Bagaimanapun, kata anggota parlimen Pekan, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno juga akan membuat keputusan malam ini.

“Ingat ada pengumuman baik untuk keadaan Covid, moratorium yang lebih membebankan peminjam atau penambahan i-Citra tapi dapat pengumuman TPM dan menteri kanan baru pula.

“Seperti bagi menteri-menteri, pelantikan baharu ini bawah bidang kuasa khusus PM8. 


"Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Apa pun, kita tunggu dan lihat apa keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam ini,” katanya di Facebook.

Setakat ini belum jelas sama ada Umno akan membenarkan dua pemimpinnya menerima lantikan itu.

-MalaysiaKini