Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki 27 tahun mati tergantung pada dahan pokok dekat Puchong



SERDANG – Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dalam keadaan tergantung pada dahan sebatang pokok di Jalan DU 1 Damai Utama, Puchong di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan tersebut pada pukul 6.57 pagi daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi.

“Anggota bertugas yang tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian telah melakukan pemeriksaan dan menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tergantung dengan tali pada bahagian dahan sebatang pokok.


“Simati merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun dan pemeriksaan fizikal pada mayat berkenaan tidak menemui sebarang kesan kecederaan akibat perbuatan jenayah,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan yang dilakukan mendapati mangsa tiada sebarang rekod perubatan lampau namun si mati dikatakan mempunyai masalah keluarga.

“Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) manakala keputusan punca kematian akan dimaklumkan selepas bedah siasat selesai,” ujar beliau. 

– K! ONLINE