Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mesyuarat MKT UMNO bermula malam ini



KUALA LUMPUR, 7 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini memaklumkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan bermesyuarat pada malam ini.

Beliau memaklumkan selepas berakhirnya mesyuarat tersebut sidang media secara maya juga akan diadakan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi pemakluman hasil mesyuarat.

“Mesyuarat MKT UMNO akan diadakan pada 7 Julai 2021 Rabu bermula 8.30 malam (hari ini) secara maya.

“Sidang media secara maya oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui Facebook UMNO Online dan Facebook Barisan Nasional Comms akan diadakan selepas mesyuarat MKT,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau sebentar tadi. 

Menurut sumber selain keputusan sama ada untuk membatal atau meneruskan meneruskan keputusan meninggalkan kerajaan, mereka juga akan membincangkan mengenai perlantikan Dato Seri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.




–UMNO Online/TunCarlos