PETALING JAYA: Pegawai Khas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff meninggal dunia akibat Covid-19.
Dalam catatan di Facebook, beliau berkata, Kumutha Raman dimasukkan ke Hospital Putrajaya sejak 30 Jun lalu kerana didapati positif Covid-19 dan diberi rawatan di ICU.
“Mendiang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tengah hari tadi,” katanya.
Siti Zailah berkata, Kumutha seorang kakitangan yang sangat baik serta komited dalam tugasnya.
“Di saat-saat akhir sebelum pemergiannya pun dia tetap menguruskan aduan-aduan masyarakat,” katanya.
-FMT