Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemandu teksi raih hanya RM20 seminggu ketika PKP



PORT DICKSON: Ketika pemasangan bendera putih banyak tertumpu di rumah-rumah individu yang memerlukan bantuan, tular baru-baru ini terdapat kibaran bendera itu yang dipasang sekumpulan pemandu teksi di Perhentian Teksi dan Bas di sini.

Bagaimanapun, tinjauan Utusan Malaysia di perhentian teksi tersebut semalam mendapati, tiada lagi kibaran bendera putih dan difahamkan ia diturunkan tidak lama selepas ia tular.

Akhbar ini mendapatkan wakil pemandu teksi di situ bagi mengetahui sendiri situasi semasa yang dihadapi mereka.

Seperti dijangka, beberapa pemandu teksi di situ mengakui tindakan mereka mengibarkan bendera putih adalah untuk memberitahu pihak berwajib bahawa mereka juga terkesan ketika pelaksa­naan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Seorang pemandu, Azlan Jamaluddin, 58, berkata, kira-kira 30 pemandu teksi di situ terjejas kerana tiada penum­pang.

Dia sendiri telah me­nunggu sejak pagi namun masih tidak mendapat penumpang.

“Memang sejak PKP jarang ada penumpang, selalu juga balik dengan ta­ngan kosong namun kami tetap menunggu juga, mana tahu ada yang mahu menggunakan perkhidmatan teksi,” katanya ketika ditemui di perhentian teksi yang dikendalikan Persatuan Teksi Daerah Port Dickson itu.

Seorang lagi pemandu, K. Raja Kumar, 56, berkata, dia pernah mendapat RM20 seminggu sejak PKP dikuatkuasakan.

“Bayangkan sebulan saya hanya dapat sekitar RM100 ke RM200. Saya terpaksa keluar mencari rezeki bagi menyara isteri yang kurang sihat dan anak di rumah,” katanya.

-UTUSAN