Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pening babi selamba tumpang tidur dalam rumah



PETALING JAYA – Tindakan seekor babi hutan menumpang tidur di rumah seorang lelaki mencuit hati pengguna media sosial apabila lelaki itu kelihatan runsing memikirkan bagaimana hendak mengalihkan binatang liar tersebut.

Menerusi satu klip video yang tular di laman sosial, lelaki berkenaan dilihat bersiaran secara langsung bersama pengikut media sosialnya sambil membincangkan cara untuk mengalihkan haiwan tersebut selain membuat lawak berkenaan situasi dialaminya.

“Apa nak buat ni, macam mana nak alihkan babi ni dari rumah aku? Satu kerja pula nak cari tanah nak sertu kawasan rumah ni. Mungkin dia leka sangat tengok akuarium sampai tertidur kesian babi.

“Ada sesiapa nak beli babi? Sila letakkan harga anda sekarang. Ini kualiti ‘batang pinang’,” katanya berseloroh.


Walaupun tidak menyatakan di mana lokasi kejadian berlaku, video berdurasi 11 minit 46 saat itu tular di laman sosial Facebook dan Tiktok serta mendapat pelbagai komen daripada pengguna media sosial yang menyifatkan lelaki tersebut sebagai pencinta haiwan.

“Kesian abang ni, banyak-banyak binatang dalam dunia ni babi juga yang menumpang tidur di rumah dia. Mungkin dia ni pencinta haiwan sebenar,” ujar Liliana33.

Seorang lagi pengguna dengan nama HalimPp turut mencadangkan agar lelaki berkenaan menghubungi pihak berkaitan atau mana-mana individu yang berminat untuk membeli haiwan berkenaan.

“Jangan diusik babi tu bang, bahaya. Hubungi sahaja pihak Perhilitan atau siapa-siapa yang berminat nak makan daging babi, mungkin mereka sudi beli,” cadang beliau. 


– K! ONLINE