Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sidang ditangguh lagi, semua Ahli Parlimen diarahkan buat ujian covid



KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan lagi sehingga jam 5.15 pula. Pengumuman ini dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Sebelum ini Timbalan Speaker Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan penangguhan persidangan kepada jam 3.30.

Penangguhan ini dibuat berikutan KKM mengesan dua kes jangkitan terbaru di Parlimen yang melibatkan dua orang staff. 

Oleh yang demikian, Mohd Rashid mengarahkan semua Ahli Parlimen membuat ujian calitan air liur dan tidak dibenarkan meninggalkan Parlimen sehingga keputusan ujian dikeluarkan.

Perbahasan Bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak juga terpaksa ditangguhkan berikutan perkembangan ini.

-TunCarlos