Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Tajuk portal TunCarlos palsu, tindakan guaman bukan terhadap Tun M" -Haniff Khatri



KUALA LUMPUR: Bekas peguam Tun Dr Mahathir Mohammad iaitu Haniff Khatri hari ini telah menuntut portal TunCarlos.com memperbetulkan tajuk berita yang palsu dan salah yang telah dikeluarkan pada 22 Julai lalu.

Pada hari Khamis, 22.07.2021 beberapa media cetak, media elektronik dan portal telah melaporkan berkaitan satu tindakan guaman yang telah difailkan oleh firma Haniff Khatri terhadap Parti PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) terhadap pegawai-pegawainya bekaitan tuntutan bayaran perkhidmatan guaman terhadap Parti itu.

Menurut Haniff, kes ini sudahpun berada di mahkamah pada masa kini. 

Namun menurutnya, pada masa yang sama perhatiannya telah dibawa kepada tajuk laporan yang diterbitkan portal TUNCARLOS.COM bertarikh 22.07.2021 di mana memaparkan tajuk yang palsu dan salah berkaitan hakikat sebenar tindakan guaman berkenaan, 

Tajuk palsu dan salah itu berbunyi :
"Peguam tuntut RM12.5 juta, yuran guaman tak pernah dibayar Tun M dan Bersatu"

Laporan salah dari portal TunCarlos.com


Menurut Haniff, tindakan guaman berkenaan adalah cuma terhadap Parti PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) melalui pegawai-pegawainya sahaja, dan tidak langsung terhadap Tun Dr Mahathir.

Peguamnya juga telah diarahkan untuk mengeluarkan satu surat tuntutan terhadap penyelia dan/pengurus dan/atau penerbit portal TUNCARLOS.COM seawal mungkin di minggu hadapan supaya tajuk yang palsu dan salah itu diperbetulkan, dan sekiranya tidak maka berkemungkinan besar tindakan guaman akan diambil.

Untuk rekod, tajuk berita tersebut sudah diperbetulkan dan semua posting berkaitan tajuk yang salah tersebut sudah dipadam di semua platform media sosial Tun Carlos.


Dengan ini pihak TunCarlos.com berterima kasih di atas penjelasan dan memohon maaf diatas kekhilafan tersebut.

-TunCarlos