Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Terbukti dakwaan Presiden UMNO buat keputusan sendiri hanyalah propaganda



KENYATAAN ZAHID HAMIDI

MKT UMNO telah memutuskan apa yang difikirkan perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan negara malam tadi. 

Beginilah keindahan UMNO parti keramat agama, bangsa dan negara. Sebuah parti demokratik berusia 75 tahun. 

Segalanya diputuskan secara berperlembagaan, musyawarah dan bijaksana. Berpaksikan kemaslahatan rakyat dan negara. 

Maka tidak benarlah propaganda dan persepsi yang kerap direka konon Presiden UMNO buat keputusan sendiri untuk parti. 


Terbukti juga UMNO bukan sebuah parti yang boleh berkompromi apabila melibatkan kepentingan rakyat serta negara. 

Terbukti juga UMNO sebuah parti yang tegas dan jitu mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
 
Terbukti UMNO mendengar suara hati akar umbi parti dan memenuhi mandat mereka pada Perhimpunan Agung UMNO 2020. 

Ternyata UMNO parti yang akan terus berpegang dan memperjuangkan prinsip demokrasi berparlimen. 

UMNO akan terus bersama rakyat walau apa cabaran dan rintangan. 

Demi Malaysia tercinta.