Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiga Ahli Parlimen sah dijangkiti Covid-19



PETALING JAYA: Tiga Ahli Parlimen didapati positif dalam ujian saringan Covid-19 yang dijalankan pada Jumaat baru-baru ini.

Sumber dalaman Utusan Malaysia memaklumkan, ketiga-tiga mereka didapati positif selepas membuat ujian calitan itu bagi menghadiri Sidang Khas Parlimen pada 26 Julai ini.

Turut dimaklum seramai empat ahli Parlimen lain yang turut terjejas kerana merupakan kontak rapat kepada ahli Parlimen yang positif itu.

Utusan Malaysia difahamkan, salah seorang ahli Parlimen yang positif itu merupakan presiden bagi salah sebuah parti politik.


Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebagai berkata, majoriti ahli Parlimen sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Empat lagi Ahli Parlimen masih belum divaksinasi atas sebab-sebab tertentu.

Walaupun begitu, Azhar berkata, kesemua mereka dibenarkan hadir menyertai mesyuarat khas itu kerana ahli-ahli Parlimen berkenaan masih perlu melaksanakan tugas mengikut Perlembagaan Persekutuan.

-utusan