LAS VEGAS: Conor McGregor tewas kepada Dustin Poirier pada pusingan pertama kategori lightweight saingan UFC 264 di T-Mobile Arena, di sini, sebentar tadi, selepas gagal meneruskan perlawanan akibat patah kaki.
Ia adalah pertarungan ketiga antara McGregor dan Poirier dan berakhir sebelum tamat pusingan pertama selepas doktor menghentikan perlawanan.
McGregor bagaimanapun tidak dapat menerima kekalahan itu dan menganggap perseteruan di antara mereka belum berakhir.
"Saya sedang membelasahnya, menendangnya bertalu-talu. Ia belum berakhir. Saya perlu membawanya keluar," kata McGregor, 32.
Legenda UFC, Jon Jones merasakan karier McGregor bakal berakhir.
video: