Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"3 bulan dikurung secara sia-sia, rakyat perlu tuntut ganti rugi dari siapa?" -Najib


NAJIB: Hari ini genap 3 bulan kita dikurung secara sia-sia dalam PKP 3.0 yang amat gagal sekali.

Kami bukan tak pernah beri amaran atau tak pernah jelaskan secara terperinci kenapa PKP 3.0 pasti akan gagal.

Siap beri cadangan untuk perbaiki.

Jadi, jangan tuduh saya tak bantu. Kami sudah cuba banyak kali.

Tapi adakah dia mahu dengar walaupun kesilapan adalah terlalu jelas di depan mata sehingga kesilapan-kesilapan seperti ini tidak akan dibuat oleh sesiapa yang waras atau tiada niat memanjangkan krisis Covid.


Selepas 3 bulan PKP 3.0, hari ini terbukti siapa benar.

Dan siapa yang gagal sebab degil, tidak pentingkan Rakyat serta siapa yang telah jelas jahanamkan dan korbankan Rakyat.

Apa lagi nak dikata? 

Siapa yang perlu bertanggung jawab atas kehilangan ribuan Rakyat serta penderitaan PKP 3.0 selama 3 bulan yang sia-sia ini?

Rakyat perlu tuntut ganti rugi dari siapa?

sumber: FB Najib Razak