Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

31 Ahli Parlimen BN nyata pendirian sokong titah Agong



KUALA LUMPUR: Seramai 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar keabsahan kerajaan ditentukan pada Sidang Parlimen pada September ini.

Sembilan belas Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong kerajaan PN tampil di hadapan media hari ini, pada satu sidang media yang diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sidang media itu diketuai Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang diapit Presiden MCA, Wee Ka Siong, dan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan.

Ismail Sabri berkata, sebarang surat akuan atau SD adalah bertentangan dengan titah Seri Paduka.


Antaranya yang hadir beberapa Kabinet seperti Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong; Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Sumber Manusia, Datuk M. Saravanan serta Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique.

Ismail mendakwa selain beliau dan 18 Ahli Parlimen berkenaan, ada 12 lagi wakil rakyat BN yang masih menyokong kerajaan PN namun tidak dapat menyertai sidang media hari ini.

Beliau bertegas tidak akan meletak jawatannya dalam kerajaan. Ismail juga mendakwa begitu juga Khairy Jamaluddin, Adham Baba, Hishamuddin Hussein, dan Annuar Musa.