Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

47 individu sertai himpunan #Lawan kini diburu polis


KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 47 individu yang terbabit dengan perhimpunan 'Keluar dan #Lawan' di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata setakat ini seramai 11 individu sudah hadir bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan berkenaan.

"Satu kertas siasatan berhubung perhimpunan ini dibuka mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan jangkitan) 2021.

Polis mohon kerjasama masyarakat 

"Justeru polis memohon kerjasama daripada orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan 47 individu yang sedang dikesan ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohamad Hermi Abu Bakar di talian 014-9099144 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222," katanya.

Terdahulu, 11 individu dipercayai penganjur hadir ke IPD Dang Wangi, di sini, hari ini, bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan berkenaan.

Sabtu lalu, dianggarkan sekitar 400 individu berkumpul berhampiran Dataran Merdeka, di sini pada Sabtu.

Himpunan yang dianjurkan Sekretariat Soladiriti Rakyat itu dipercayai diadakan bagi meluahkan ketidakpuashatian terhadap kerajaan, bergerak dari Stesen Monorail, Masjid Jamek, kira-kira jam 11 pagi.

Berikut adalah foto 47 individu yang sedang dikesan pihak polis supaya tampil bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di Dataran Merdeka, Sabtu lalu:






sumber: Berita Harian