Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

779 guru enggan divaksin akan dipanggil mengadap TMJ



PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan 779 guru yang menolak suntikan vaksin Covid-19 untuk mencari penyelesaian isu berkenaan.

Menerusi dua hantaran di Twitter, baginda bertitah pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat dan berharap ia dapat diselesaikan dengan cara berhemah.

“Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah,” titah baginda dalam hantaran itu.

Tunku Mahkota Johor membuat hantaran itu susulan perkongsian warganet mengenai laporan media menyatakan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Terdahulu, Pengerusi Tetap Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang yang menjawab soalan tambahan di Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14 turut memaklumkan mengenai perkara itu.

Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai manfaat vaksin supaya semua guru terbabit menerimanya.

-FMT