Apa perlu pengampunan diRaja jika tak bersalah? -Najib
Bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak memberi respon mengenai tindakan NGO yang menghantar memorandum kepada Istana Negara supaya Agong memberi pengampunan diraja untuk beliau hari ini.
"Apabila ini menjadi berita utama portal PN MalaysiaNow dan ianya disiar secara live, kita tahu-tahu lah pihak siapa punya kerja untuk kenakan saya."kata Najib.
"Saya berterima kasih pada NGO ini sebab mengambil berat pada saya tetapi saya tak pernah berhubung dengan mereka dan tidak diberitahu tentang petisyen mereka kepada Istana pagi tadi."
"Saya ulang...Saya mahu kes-kes saya melalui proses perbicaraan dan perundangan yang adil dan telus sebab ianya satu-satu cara sahaja untuk bersihkan nama saya sepenuhnya."
"Saya tidak mahu kes saya digugurkan begitu sahaja dan saya tidak mahu apa-apa campurtangan politik."
"Saya amat yakin saya tidak bersalah. Sebab itu apa perlunya saya diampun sekiranya saya tak salah?"
"Berani kerana benar." kata Najib di Facebook.
-TunCarlos