Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Berdoalah agar gaji mereka dibayar separuh dari Kabinet Mahiaddin -Ku Li



Ketika pengumuman kabinet baru oleh Ismail Sabri Yaakob hari ini terus berdepan dengan kesangsian sesetengah pihak, seorang pemimpin veteran Umno menggesa agar orang ramai "berdoa" untuk mereka.

Menurut Tengku Razaleigh Hamzah orang ramai wajar berharap aga menteri-menteri terbabit dibayar gaji separuh lebih rendah berbanding apa yang mereka terima di bawah Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Malah kata pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu, dia sendiri tidak dapat memberikan ulasan banyak mengenai kabinet Ismail Sabri.

"Saya telah memberikan ulasan bahawa tak dapat nak duga selain daripada mereka yang dipilih kerana inilah pilihan yang ada.

"Sudah tentu Umno kecewa dengan barisan kabinet terbaru ini.

"Mari kita berdoa agar gaji mereka ini dibayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah yang dibayar kepada mereka di bawah Muhyiddin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pengumuman dibuat perdana menteri pagi tadi, seramai 31 menteri dan 38 timbalan dilantik menyertai kerajaan dengan sebahagian besar mereka adalah muka yang sama pernah berkhidmat di bawah Muhyiddin sebelum ini.


Justeru sesetengah pihak menganggap Ismail Sabri hanya mengitar semula kabinet presiden Bersatu terbabit.

Pembangkang pula mentafsirkan kerajaan baru di bawah Ismail Sabri sebagai Kerajaan Perikatan Nasional (PN) 2.0.

Sementara, bekas perdana menteri Najib Razak mempertahankan barisan kabinet Ismail Sabri meskipun menyedari ramai rakyat kecewa dengan pengumuman itu.

Ismail Sabri ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, setiap menteri juga mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan.

-MalaysiaKini