PETALING JAYA: Pendakwah terkenal, Ebit Lew selesai memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Bukit Aman selepas kira-kira satu jam memberi keterangan kepada pihak polis.
Menurut Ebit Lew, beliau dipanggil bagi memberikan kerjasama sebagai saksi berkenaan dakwaan gangguan seksual.
"Fitnah yang saya terima ini begitu kejam dan melampau namun saya maafkan mereka yang cuba menjatuhkan saya.
"Apa yang jadi tidak mematahkan semangat untuk teruskan usaha untuk membantu dan membuat kebaikan sampai bila-bila, sampai mati,”
“Saya bekerjasama dan serahkan kepada pihak polis terhadap fitnah dan tuduhan melampau ini,” katanya ketika ditemui disini hari ini.
-UTUSAN