Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

GERAKAN janji bantu Muhyiddin hadapi saman fitnah Najib



17 OGOS: Parti Gerakan akan menghantar wakil peguam untuk membantu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan berikutan kes saman yang akan difailkan oleh Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam hantaran Facebooknya semalam.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, Gerakan akan menghantar peguam-peguam tersebut dalam kalangan pemimpin parti yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang undang-undang.

Dominic berkata saman fitnah yang akan difailkan oleh bekas Perdana Menteri itu adalah satu tindakan yang tidak wajar dan dilihat ia adalah satu perbuatan balas dendam.

“Ia adalah satu peluang yang diambil ke atas Muhyiddin setelah tidak ada kuasa sebagai Perdana Menteri.


Gerakan sedia menyediakan peguam bagi menghadapi saman fitnah Najib (kiri) terhadap Muhyiddin.

“Kenapa tidak mengfailkan saman sewaktu Muhyiddin menjadi Perdana Menteri? Adakah Najib takut banyak kes rasuahnya terbongkar?

“Apa yang saya dimaklumkan Najib merujuk kepada ucapan Muhyiddin semalam yang antara lain menyebut beliau tidak akan “bersekongkol” dengan kumpulan “kleptokrat” dan mengganggu kebebasan mahkamah.

“Saya ingin bertanya kepada Najib, mengapa beliau mahu melenting adakah terasa bahawa itu adalah dirinya? Siapa makan cili dia rasa pedaslah.

“Ahli parlimen atau pemimpin lain tidak pula sampai ingin memfailkan saman. Hanya orang yang rasa dia bersalah sahaja yang terasa bila ucapan itu dibuat,” kata Dominic dalam satu kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut, Dominic berkata memetik kenyataan Wan Saiful dalam Facebooknya mendakwa bahawa antara kes yang dimaksudkan oleh Muhyiddin dalam kenyataan berhubung campur tangan dalam urusan mahkamah adalah membabitkan Zahid Hamidi dan Najib.

“Wan Saiful berkata, ada yang mengatakan Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) pernah meminta Muhyiddin menggugurkan kes-kes beliau manakala Najib pula pernah meminta Muhyiddin menukar hakim dalam proses rayuan.

“Jadi kenyataan yang dikeluarkan bercanggah dengan Najib yang mengatakan tidak pernah meminta apa-apa bantuan untuk mengganggu kes utamanya,” katanya.

Berikutan itu Dominic sekali lagi menegaskan Gerakan akan sentiasa bersama Perikatan Nasional dan bersiap sedia untuk membantu Muhyiddin dalam kes saman ini.