Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hishammuddin pantau operasi pencarian anggota tentera jatuh dalam Sungai Pahang



BERA: Insiden kehilangan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) daripada 10 Briged (Para), Lans Koperal Mohamad Azrin sejak semalam amat membimbangkan, kata Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein.

Seorang anggota tentera yang yang terlibat dalam latihan Eksesais Para Predator di pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di sini dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang semalam.

Difahamkan dalam kejadiaan kira-kira pukul 4.40 petang itu, mangsa yang berumur 27 tahun dan berasal dari Kedah terjatuh ke sungai ketika melakukan aktiviti penyusupan dan penyeberangan sungai.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa mula digerakkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kira-kira pukul 5.40 petang semalam sebelum ditangguhkan pada pukul 7 malam.

"Saya difahamkan operasi mencari dan menyelamat masih digerakkan dengan diketuai TDM, dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam." kata Hishammuddin.

"Panglima Tentera Darat juga telah berada di lokasi kejadian sejak pagi tadi. Saya akan terus pantau perkembangan ini dan pastikan TDM melakukan apa jua usaha yang terdaya demi memastikan anggota yang hilang segera ditemui. Marilah kita sama-sama doakan semoga operasi pencarian ini dipermudahkan"


Sementara itu, adik mangsa, Noorsuhada Mohamad Isa, 24, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi isteri mangsa yang tinggal di Melaka petang semalam.

“Kali terakhir saya bertemu dengan abang pada awal tahun ini di kampung, saya mohon didoakan agar abang dapat ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

Eksesais Para Predator adalah salah satu eksesais yang dilaksanakan Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 10 Briged (PARA) yang berpengkalan di Kem Terendak, Melaka.

Eksesais berskala besar selama 14 hari itu melibatkan seramai 1,894 anggota tentera dengan 151 aset logistik TDM. 


– K! ONLINE